Kiriman ini cuma sedikit sebanyak pendapat aku tentang lirik senikata lagu Hikayat Benladin ini. Kalau kalian ada pendapat, bolehlah komen ya!
Maklumat lagu:
Dikompos oleh Dedeq dan Malique
Senikata/lirik oleh Dedeq dan Malique
Dihasilkan bersama Dedeq
Dihasilkan oleh Malique untuk Sony Music Malaysia
Terus terang aku cakap, aku percaya bahawa lagu Mambang ditujukan kepada Malique, lagu Gong Nekara dan Hikayat Benladin pula adalah balasan kepada lagu Mambang. Cukup. Aku percaya bukan aku seorang berpendapat sebegini. Tak perlu lagi aku ulas.
Lagu ini adalah balasan sebenar Malique kepada lagu Mambang oleh Altimet kerana lagu Gong Nekara itu sendiri bukan hasil ciptaan Malique tetapi oleh 'anak didik' beliau, Kmy Kmo dan Luca Sickta. Bagi aku, lagu tersebut tak lebih hanya sekadar balasan peribadi kedua anak murid Malique tersebut semata-mata.
Tambahan pula, tarikh muatturun dalam Youtube dan jarak antara lagu-lagu berkenaan:
1. Mambang pada 26 Februari 2018,
2. Gong Nekara pada 12 Mac 2018
3. Hikayat Benladin pada 19 Julai 2018.
Jarak antara Mambang - Gong Nekara dimuatturun adalah 14 hari (2 minggu). Manakala jarak antara Mambang dan Benladin pula adalah 119 hari (17 minggu)
Tidak masuk akal sama sekali bagi fikiran waras aku berdasarkan lagu-lagu berkualiti Malique ditulis dalam beberapa minggu. Malas nak tulis pepanjang, jadi mari kita mulakan pembedahan!
SENIKATA LIRIK LAGU HIKAYAT BENLADIN
Mereka keluar masuk gua,
Mencuba mencari di mana ada,
Mencuba meneka di mana saya,
Mata kasar takkan dapat jumpa.
Penulis cuba memberitahu bahawa beliau tidak dapat dijumpai dengan mata kasar atau secara fizikal walaupun beliau dicari oleh oleh 'mereka'. Istilah gua untuk menggambarkan tempat persembunyian Osama Bin Laden. Banyak budaya di luar negara, menggunakan nama ayah/keluarga untuk panggilan seseorang. Jadi 'Benladen' disini merujuk kepada Osama, penjenyah Al-Qaeda no.1 paling dikehendaki dan digeruni dunia pada zaman hidupnya.
Niat enson matakaji semar ngiseng,
Aku lah Ben Ladin, hikayat Benladin.
Aku sangat minat dengan 2 rangkap akhir korus ini, sangat halus sindiran kata-kata penulis dengan mengutip kata-kata jampi untuk membuka pintu gua yang dilakonkan oleh Gemulah Seniman P.Ramlee dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok.
Walaupun kedengaran lucu pada awalnya tetapi ternyata sangat sinis sebenarnya. Sebelum aku bagitahu apa yang membuat aku tertarik, aku rasa adalah lebih baik untuk kita memahami rangkap-rangkap seterusnya terlebih dahulu.
Bahagian pertama
Suara dah bergema, suara sakti hamba,
Dalam gelombang membawa aura ke udara,
Separa manusia separa luar biasa,
Gurau senda dengan kata kata sang pujangga.
Penulis menggambarkan keunggulan diri penulis dalam rangkap ini seakan-akan pendahuluan kata-kata untuk memberi perasaan yang menaikkan bulu roma pendengar.
Semua akhiran rangkap ini diakhiri dengan 'a', hamba - udara - biasa - pujangga, Di tengah-tengah rangkap juga sama, bergema - membawa - manusia - kata.
Mesti hati hati janganlah seperti lilin,
Jika mahu terang biar terang dengan betul,
Jangan jadi arang jadi arang buat kotor.
Penulis membuka 'gelanggang' dengan memberi amaran untuk jangan menambah bahaya jika sudah bermain dengan perkara yang berbahaya dan mesti berhati hati. Diamarankan lagi oleh penulis supaya jangan jadi seprti lilin yang yang tidak terang. Penulis juga memberitahu supaya berterus terang tanpa berselindung.
Pada hemat aku, aku rasa Malique mahu Altimet berterus terang bahawa lagu Mambang itu ditujukan kepada Malique tanpa berselindung bahawa lagunya itu mengisahkan perjalanan hidupnya sedangkan lagu itu jelas ditujukan kepada Malique. Lebih-lebih lagi pada rangkap 'Mari Aku Lagukan Ini, Qiraah Untuk Engkau'
Pada akhir rangkap ini, sindiran keras diberikan oleh penulis yang mengatakan supaya jangan jadi arang yang membuat kotor (onar)
Kerna atas muka ada selendang suci,
Maka hias ia biar terpampang seri,
Akulah ilustrasi definisi gergasi,
Terhasil dari eksperimentasi radiasi bunyi.
Rangkap ini adalah sambungan kepada rangkap sebelumnya. Penulis membaeritahu bahawa amarannya sebelum ini adalah kerana dia (Altimet) mempunyai darjat yang baik dalam industri muzik. Jadi dia perlu menjaganya dengan baik.
Dua rangkap terakhir mengatakan bahawa penulis adalah definisi gergasi iaitu orang yang hebat/besar yang tercipta daripada muzik. Seolah-olah beliau adalah 'Hulk' versi terhasil daripada eksperimentasi muzik. Juga adalah amaran supaya tidak mengganggunya.
Buka mata minda luas seperti lautan,
Usah fikir bukan-bukan mengata bukan-bukan,
Nenek tua si bongkok tiga,
Cubalah nenek cari cucu di mana ada.
Sebelum beralih ke korus lagu, penulis menasihat supaya membuka minda seperti terbentangnya lautan. Luasnya lautan hingga tidak ternampat daratan jika kita berada di tengahnya. Luasnya pemikiran untuk tidak memikirkan yang bukan-bukan supaya tidak berkata yang bukan-bukan.
Rangkap ke-3 dan ke-4, Istilsh nenek tua si bongkok tiga seperti lazim didengari. Dipungut dari pantun Melayu untuk permainan kanak-kanak:
Nenek-nenek si bongkok tiga
Siang mengantuk malam berjaga.
Mencari cucu di mana ada.
Nenekku kahwin dengan anak raja
Cucu-cucu tak dapat lari
Nenek tua banyak sakti,
Sekarang juga nenek mencari
Siapa kena dia yang menjadi
Menggambarkan penulis sebagai 'cucu' sedang mengajak untuk bermain sorok-sorok. Aku rasa antara sebab korus lagu ini dinyanyikan pada awal lagu ini sebab penulis mahu memberi isyarat supaya 'main sorok-sorok' yang dimaksudkan beliau bukan untuk pertandingan mencari jasad beliau tetapi untuk mencari apa yang mahu disampaikan oleh beliau di dalam lagu ini.
Dalam sudut yang lain kita dapat men-analogi-kan 'nenek' sebagai orang yang lemah yang sudah berbi=ongkok tiga dan 'cucu' pula sebagai orang yang kuat. Juga untuk memasukkan unsur-unsur kesenian Melayu dalam hasil seni beliau.
Korus (pengulangan)
Mereka keluar masuk gua,
Mencuba mencari di mana ada,
Mencuba meneka di mana saya,
Mata kasar takkan dapat jumpa.
Niat enson matakaji semar ngiseng,
Aku lah Ben Ladin, hikayat Ben Ladin.
Bahagian Kedua
Masuk tempat orang jadi kucing bukan singa,
Jangan cuba jadi cacing nak jadi Garuda,
Jika mulut murai tukar paruh jadi tiong,
Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiong.
Rangkap ini penulis menyindir dengan perbandingan beberapa haiwan. 2 rangkap pertama, kucing - singa dan cacing - garuda (Burung mitos bersalut api), menggambarkan bahawa betapa kecilnya ancaman kepada penulis dengan menganggap beliau sebagai seekor singa kepada kucing dan garuda kepada cacing.
Aku rasa penulis nak cakap supaya jangan nak berkhayal untuk menandingi dirinya.
2 rangkap seterusnya adalah untuk 'memukul' dari segi seni lagu yang dicipta dengan menggunakan anggota yang berhampiran dengan mulut iaitu paruh, gusi dan siong (taring manusia). Sebagaimana kita maklum, Tiong adalah burung yang lebih mahal dan berharga berbanding Burung Murai
Setakat dua tangan janganlah nak berangan,
Si tikus datang bekal dua belas beruk baran,
Telan lauk enak lepas makan pandai simpan,
Pandai pandai lah tanggung binasa perbuatan.
Disambung sindirannya si penulis dengan pada 2 rangkap pertama. Penulis menyindir supaya jangan nak beranganuntuk memberi apa-apa ancaman kepada dirinya jika setakat dengan usah biasa-biasa sedangkan tikus yang kecil boleh membarankan 12 ekor beruk. Rangkap seterusnya aku tak perlu ulas panjang kot. Lepas pandai hentam orang, pepandai lah nak tanggung akibat.
Pecut laju laju sampai dia terpelanting,
Bukan perkara bijak lari lari bawak gunting,
Di ajak berteman rupanya musang berjanggut,
Pura pura sejuk masuk berkongsi selimut.
Rangkap pertama aku tak faham sangat tapi yang kedua, penulis menasihati kalau nak bermain-main sambil pegang yang berbahaya. Iya lah kan takut-takut gunting tersusuk makan diri sendiri. Penulis menghentam orang yang dianggapnya sahabat tetapi mengkhianatinya pada rangkap seterusnya. Musang berjanggut bukan satu simpulan bahasa tetapi adalah sebuah tajuk cerita arahan Gemulah P.Ramlee yang juga membawa maksud yang sama dengan 'Musuh di dalam selimut'.
Baik berpada pada jahat jangan sekali,
Hidup punya hukum karma kau harus mengerti,
Salam perkenalan dengan ritma dan puisi,
Nama patik Benladin mengundurkan diri.
Penulis membuat 'penutup' pada 4 rangkap ini dengan kata orang tua-tua yang terkenal, 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali' dan memberi nasihat yang terakhir daripadanya mengenai hukum karma. Oleh sebab, lagu ini kali pertama ditujukan kepada Altimet, penulis memberi salam perkanalan. Dalam nada yang lebih sinis, penulis menambah '...dengan ritma dan puisi' memberitahu kekurangan seni 'ritma dan puisi' dalam lagu Mambang dengan memperdengarkan seni tersebut dalam lagu beliau.
Rangkap terakhir ini menarik kerana perkata 'BENLADIN'. Jika diperhati dengan teliti perkataan 'BEN' dan 'LADIN' dieja rapat. BENLADIN bukan BEN LADIN. Sesuatu yang sangat teliti.
Nama penyanyi sebenar: Muhammad Benladin Munshi Shaihan
Walaupun ejaan beliau dieja rapat iaitu BENLADIN tetapi nama komersialnya secara terang dieja secara jarak iaitu BEN LADIN. Kenapa ini penting? Kerana pada korus lagu ia diperkenalkan sebagai BENLADIN. Seolah-olah, bukan si penyanyi lah yang menghamburkan kata-kata dalm lagu ini tetapi seseorang yang lain. Rujuk gambar di bawah: (lihat tajuk lagu)
Pada rangkap terakhir, penulis telah mengundurkan diri. Jadi aku berpendapat lirik senikata seterusnya bukan ditulis oleh orang lain. Tidak lain tidak bukan penulis ke-2 lagu ini, DedeQ.
Putih putih melati Ali Baba,
Merah merah mawarnya Si Norsiah,
Jika diikutkan rasa Kassim Baba,
Kelak akhirnya berputih mata.
Korus (pengulangan)
Mereka keluar masuk gua,
Mencuba mencari di mana ada,
Mencuba meneka di mana saya,
Mata kasar takkan dapat jumpa.
Niat enson matakaji semar ngiseng,
Aku lah Benladin, hikayat Benladin.
Sebenarnya jampi P.Ramlee ini berasal daripada perkataan Bahasa Jawa.
Niat = Niat
Enson = Insan
Matakaji = Tekad
Semar = Watak dalam wayang kulit
Ngiseng = Berak
Niat seorang insan yang sangat tekad sehingga Semar terberak.
Agak sinis maksudnya jika ditujukan kepada seseorang yang bertekad, kan?
Tapi bukan maksudnya yang ingin aku bahaskan utamanya. Mengapa lagu ini hanya meletakkan kata jampi untuk masuk? Ayat jampi keluar di mana? Tak ada! Sebab hakikatnya Kassim Baba mati dipancung oleh Ali Baba dek kerana tidak tahu ayat jampi keluar! Jaga-jaga ya, mesti kena tahu jalan pulang tau kalau tidak...
Jika diikutkan rasa Kassim Baba, kelak akhirnya berputih mata. Tamat.

Kenyataan rasmi Qarma Musiq di laman twitter rasmi mereka. |

Gambar Osama bin Laden. |
Niat enson matakaji semar ngiseng,
Aku lah Ben Ladin, hikayat Benladin.
Aku sangat minat dengan 2 rangkap akhir korus ini, sangat halus sindiran kata-kata penulis dengan mengutip kata-kata jampi untuk membuka pintu gua yang dilakonkan oleh Gemulah Seniman P.Ramlee dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok.
Walaupun kedengaran lucu pada awalnya tetapi ternyata sangat sinis sebenarnya. Sebelum aku bagitahu apa yang membuat aku tertarik, aku rasa adalah lebih baik untuk kita memahami rangkap-rangkap seterusnya terlebih dahulu.
Bahagian pertama
Suara dah bergema, suara sakti hamba,
Dalam gelombang membawa aura ke udara,
Separa manusia separa luar biasa,
Gurau senda dengan kata kata sang pujangga.
Penulis menggambarkan keunggulan diri penulis dalam rangkap ini seakan-akan pendahuluan kata-kata untuk memberi perasaan yang menaikkan bulu roma pendengar.
Semua akhiran rangkap ini diakhiri dengan 'a', hamba - udara - biasa - pujangga, Di tengah-tengah rangkap juga sama, bergema - membawa - manusia - kata.
Kalau main api janganlah tambah gasolin,
Jika mahu terang biar terang dengan betul,
Jangan jadi arang jadi arang buat kotor.
Penulis membuka 'gelanggang' dengan memberi amaran untuk jangan menambah bahaya jika sudah bermain dengan perkara yang berbahaya dan mesti berhati hati. Diamarankan lagi oleh penulis supaya jangan jadi seprti lilin yang yang tidak terang. Penulis juga memberitahu supaya berterus terang tanpa berselindung.
Pada hemat aku, aku rasa Malique mahu Altimet berterus terang bahawa lagu Mambang itu ditujukan kepada Malique tanpa berselindung bahawa lagunya itu mengisahkan perjalanan hidupnya sedangkan lagu itu jelas ditujukan kepada Malique. Lebih-lebih lagi pada rangkap 'Mari Aku Lagukan Ini, Qiraah Untuk Engkau'
Pada akhir rangkap ini, sindiran keras diberikan oleh penulis yang mengatakan supaya jangan jadi arang yang membuat kotor (onar)
Kerna atas muka ada selendang suci,
Maka hias ia biar terpampang seri,
Akulah ilustrasi definisi gergasi,
Terhasil dari eksperimentasi radiasi bunyi.
Rangkap ini adalah sambungan kepada rangkap sebelumnya. Penulis membaeritahu bahawa amarannya sebelum ini adalah kerana dia (Altimet) mempunyai darjat yang baik dalam industri muzik. Jadi dia perlu menjaganya dengan baik.
Dua rangkap terakhir mengatakan bahawa penulis adalah definisi gergasi iaitu orang yang hebat/besar yang tercipta daripada muzik. Seolah-olah beliau adalah 'Hulk' versi terhasil daripada eksperimentasi muzik. Juga adalah amaran supaya tidak mengganggunya.
Buka mata minda luas seperti lautan,
Usah fikir bukan-bukan mengata bukan-bukan,
Nenek tua si bongkok tiga,
Cubalah nenek cari cucu di mana ada.
Sebelum beralih ke korus lagu, penulis menasihat supaya membuka minda seperti terbentangnya lautan. Luasnya lautan hingga tidak ternampat daratan jika kita berada di tengahnya. Luasnya pemikiran untuk tidak memikirkan yang bukan-bukan supaya tidak berkata yang bukan-bukan.
Rangkap ke-3 dan ke-4, Istilsh nenek tua si bongkok tiga seperti lazim didengari. Dipungut dari pantun Melayu untuk permainan kanak-kanak:
Nenek-nenek si bongkok tiga
Siang mengantuk malam berjaga.
Mencari cucu di mana ada.
Nenekku kahwin dengan anak raja
Cucu-cucu tak dapat lari
Nenek tua banyak sakti,
Sekarang juga nenek mencari
Siapa kena dia yang menjadi
Menggambarkan penulis sebagai 'cucu' sedang mengajak untuk bermain sorok-sorok. Aku rasa antara sebab korus lagu ini dinyanyikan pada awal lagu ini sebab penulis mahu memberi isyarat supaya 'main sorok-sorok' yang dimaksudkan beliau bukan untuk pertandingan mencari jasad beliau tetapi untuk mencari apa yang mahu disampaikan oleh beliau di dalam lagu ini.
Dalam sudut yang lain kita dapat men-analogi-kan 'nenek' sebagai orang yang lemah yang sudah berbi=ongkok tiga dan 'cucu' pula sebagai orang yang kuat. Juga untuk memasukkan unsur-unsur kesenian Melayu dalam hasil seni beliau.
Korus (pengulangan)
Mereka keluar masuk gua,
Mencuba mencari di mana ada,
Mencuba meneka di mana saya,
Mata kasar takkan dapat jumpa.
Niat enson matakaji semar ngiseng,
Aku lah Ben Ladin, hikayat Ben Ladin.
Bahagian Kedua
Masuk tempat orang jadi kucing bukan singa,
Jangan cuba jadi cacing nak jadi Garuda,
Jika mulut murai tukar paruh jadi tiong,
Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiong.
Rangkap ini penulis menyindir dengan perbandingan beberapa haiwan. 2 rangkap pertama, kucing - singa dan cacing - garuda (Burung mitos bersalut api), menggambarkan bahawa betapa kecilnya ancaman kepada penulis dengan menganggap beliau sebagai seekor singa kepada kucing dan garuda kepada cacing.
Aku rasa penulis nak cakap supaya jangan nak berkhayal untuk menandingi dirinya.
2 rangkap seterusnya adalah untuk 'memukul' dari segi seni lagu yang dicipta dengan menggunakan anggota yang berhampiran dengan mulut iaitu paruh, gusi dan siong (taring manusia). Sebagaimana kita maklum, Tiong adalah burung yang lebih mahal dan berharga berbanding Burung Murai
Setakat dua tangan janganlah nak berangan,
Si tikus datang bekal dua belas beruk baran,
Telan lauk enak lepas makan pandai simpan,
Pandai pandai lah tanggung binasa perbuatan.
Disambung sindirannya si penulis dengan pada 2 rangkap pertama. Penulis menyindir supaya jangan nak beranganuntuk memberi apa-apa ancaman kepada dirinya jika setakat dengan usah biasa-biasa sedangkan tikus yang kecil boleh membarankan 12 ekor beruk. Rangkap seterusnya aku tak perlu ulas panjang kot. Lepas pandai hentam orang, pepandai lah nak tanggung akibat.
Pecut laju laju sampai dia terpelanting,
Bukan perkara bijak lari lari bawak gunting,
Di ajak berteman rupanya musang berjanggut,
Pura pura sejuk masuk berkongsi selimut.
Rangkap pertama aku tak faham sangat tapi yang kedua, penulis menasihati kalau nak bermain-main sambil pegang yang berbahaya. Iya lah kan takut-takut gunting tersusuk makan diri sendiri. Penulis menghentam orang yang dianggapnya sahabat tetapi mengkhianatinya pada rangkap seterusnya. Musang berjanggut bukan satu simpulan bahasa tetapi adalah sebuah tajuk cerita arahan Gemulah P.Ramlee yang juga membawa maksud yang sama dengan 'Musuh di dalam selimut'.
Baik berpada pada jahat jangan sekali,
Hidup punya hukum karma kau harus mengerti,
Salam perkenalan dengan ritma dan puisi,
Nama patik Benladin mengundurkan diri.
Penulis membuat 'penutup' pada 4 rangkap ini dengan kata orang tua-tua yang terkenal, 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali' dan memberi nasihat yang terakhir daripadanya mengenai hukum karma. Oleh sebab, lagu ini kali pertama ditujukan kepada Altimet, penulis memberi salam perkanalan. Dalam nada yang lebih sinis, penulis menambah '...dengan ritma dan puisi' memberitahu kekurangan seni 'ritma dan puisi' dalam lagu Mambang dengan memperdengarkan seni tersebut dalam lagu beliau.
Rangkap terakhir ini menarik kerana perkata 'BENLADIN'. Jika diperhati dengan teliti perkataan 'BEN' dan 'LADIN' dieja rapat. BENLADIN bukan BEN LADIN. Sesuatu yang sangat teliti.
Nama penyanyi sebenar: Muhammad Benladin Munshi Shaihan
Walaupun ejaan beliau dieja rapat iaitu BENLADIN tetapi nama komersialnya secara terang dieja secara jarak iaitu BEN LADIN. Kenapa ini penting? Kerana pada korus lagu ia diperkenalkan sebagai BENLADIN. Seolah-olah, bukan si penyanyi lah yang menghamburkan kata-kata dalm lagu ini tetapi seseorang yang lain. Rujuk gambar di bawah: (lihat tajuk lagu)
Pada rangkap terakhir, penulis telah mengundurkan diri. Jadi aku berpendapat lirik senikata seterusnya bukan ditulis oleh orang lain. Tidak lain tidak bukan penulis ke-2 lagu ini, DedeQ.
Putih putih melati Ali Baba,
Merah merah mawarnya Si Norsiah,
Jika diikutkan rasa Kassim Baba,
Kelak akhirnya berputih mata.
Korus (pengulangan)
Mereka keluar masuk gua,
Mencuba mencari di mana ada,
Mencuba meneka di mana saya,
Mata kasar takkan dapat jumpa.
Niat enson matakaji semar ngiseng,
Aku lah Benladin, hikayat Benladin.
Sebenarnya jampi P.Ramlee ini berasal daripada perkataan Bahasa Jawa.
Niat = Niat
Enson = Insan
Matakaji = Tekad
Semar = Watak dalam wayang kulit
Ngiseng = Berak
Niat seorang insan yang sangat tekad sehingga Semar terberak.
Agak sinis maksudnya jika ditujukan kepada seseorang yang bertekad, kan?
Ali Baba yang akhirnya mati ditikam Norsiah |
Tapi bukan maksudnya yang ingin aku bahaskan utamanya. Mengapa lagu ini hanya meletakkan kata jampi untuk masuk? Ayat jampi keluar di mana? Tak ada! Sebab hakikatnya Kassim Baba mati dipancung oleh Ali Baba dek kerana tidak tahu ayat jampi keluar! Jaga-jaga ya, mesti kena tahu jalan pulang tau kalau tidak...
Kassim Baba akhirnya dihukum pancung kerana sikap tamak |
Jika diikutkan rasa Kassim Baba, kelak akhirnya berputih mata. Tamat.
Altimet ketika di temuramah (Sumber: Channel youtube Budiey Isma) |
Adakah Altimet menisbahkan dirinya sebagai P.Ramlee seperti yang dikatakannya dalam sesi temuduga tersebut adalah Ali Baba yang akhirnya mati ditikam Norsiah? Ataupun beliau hanya Kassim Baba yang mati dipancung di dalam gua?
BONUS:
Lihat semula lirik senikata lagu yang aku sudah bahagi kelihtan seperti rangkap puisi. Ternyata akhiran dalam rangkapan memang disusun rapi! Kemas! Halus! Walaupun bab seni ni aku lemah sikit tapi kalau yang macam ni memang aku perasan. Banyak lagi sebenarnya tapi aku malas nak ulas sebab tak berapa mahir. (Ramai sebenarnya yang dah susun lirik macam ni, termasuk Mambang)
Rangkap 1:
gua, ada, saya, jumpa.
Rangkap 2:
bergema, udara, biasa, pujangga.
Rangkap 3:
gasolin, lilin - betul, kotor.
(Bunyi akhiran -ul dan -or seakan sama, jadi boleh diterima. Siapa yang pernah belajar pasal pantun tahulah dia)
Rangkap 4:
suci,seri, gergasi, bunyi.
Rangkap 5:
lautan, bukan, tiga, ada.
Rangkap 6: korus
Rangkap 7:
singa, Garuda, Tiong, bersiong.
Rangkap 8:
berangan, baran, simpan, perbuatan.
Rangkap 9:
terpelanting, gunting - berjanggut, selimut.
Rangkap 10:
sekali, mengerti, puisi, diri.
Rangkap 11:
Baba, Norsiah, Baba, mata.
Rangkap 12: korus
Kesimpulan bagi aku, pada mulanya aku pun rasa si Altimet ni acah dengan mengeluarkan lagu Mambang. Tapi bila aku fikir balik, siapa lagi yang berani nak pergi 'jolok sarang tebuan' tu. Jadi bagi aku, aku berterima kasih (dan semua pun) dekat Altimet sebab berani seru orang dalam gua. Aku puji Altimet dalam bab ni. Padahal beliau pun dah nak 'bersara' dah pun.
Lebih-lebih lagi bila kita dengar bahawa Malique tidak lagi mahu mengeluarkan album dalam Bahasa Melayu sedangkan kita tahu betapa 'agung'nya seni beliau dalam Bahasa Melayu. Lepas dah hafal rap ni, diharapkan Benladin bolehlah fokus untuk hafal rukun negara ataupun nama-nama Perdana Menteri pula ya!